Saturday, 1 June 2013

Kemahiran bangsa Melayu dalam taktik peperangan (bahagian 1)

1.Assalamualaikum salam sejahtera..disebabkan malam ni xde byak sgat keje so saya nak berkongsi ilmu dengan para pembaca semua..memandangkan blog ni baru je dibuat so memang nmpak x cantik nak dbandingkan dengan blog2 yang lain..tp insyaAllah saya nak share sdikit sbanyak ilmu yg ade..

2.Memandangkan tajuk post ini ialah mengenai kehebatan bangsa Melayu dalam taktik peperangan maka untuk mengetahui lebih lanjut kita perlu menyingkap serba sedikit tentang sejarah peperangan yang berlaku pada zaman kesultanan Melayu Melaka dan zaman2 selepasnya.

3.Anda jangan pernah terfikir post ini nak cerita pasal sejarah lebih2..cuma nak refresh balik je.

4.Saya lebih suka ilmu yang berkaitan dengan peperangan,taktik,komando,senjata dan segala-galanya yang berkaitan dengan ketenteraan.

5.Umum kita tahu Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511 disebabkan beberapa faktor.

6.Antaranya kelemahan Sultan Mahmud Shah dalam pentadbiran,pembelot si Kitul yang mendedahkan rahsia pertahanan negeri Melaka dan kekurangan kelengkapan senjata serta beberapa faktor2 lain.

7.Disebabkan peristiwa itu,orang2 Barat memandang rendah terhadap orang Melayu kerana Melayu pada masa itu tidak mampu untuk mengalahkan dan menawan kembali Melaka daripada tangan Portugis.

8.Maka bermulalah penjajah datang memijak dan menjajah Tanah Melayu dan menyebarkan agama mereka a.k.a kristian(salah 1 sebab kenapa mereka jajah kita)

9.Walaupun Barat memandang orang2 Melayu sebagai pak turut semasa pemerintahan British dulu,namun mereka tidak mempunyai 1 liabiliti penting dalam peperangan iaitu taktik dan strategi yang berkesan.

10.Mengapa saya kata begitu?

11.Jika diimbas kembali dalam peperangan melawan komunis di Vietnam oleh Amerika Syarikat(AS) pada 1960-an,pasukan ketenteraan AS yang dilengkapi pelbagai senjata moden dan bala tentera yang ramai pun boleh kalah dek kerana ketiadaan taktik untuk bertempur didalam hutan.

12.Pertempuran hutan atau lebih dikenali sebagai 'jungle warfare' dalam istilah 'military' yang dialami oleh AS dalam hutan hujan tropika di Vietnam merupakan pertempuran hutan yang 'sebenar' (true warfare) pertama kali dilalui oleh AS.

13.Mereka yang mempunyai pelbagai barisan jet pejuang moden pada masa itu seperti F4 Phantom,A6 Intruder,A4 Skyhawk,kapal pengangkut pesawat USS Forrestal dan USS Enterprise,senjata seperti M16 dan pelbagai senjata2 lain masih tidak mampu menundukkan pejuang Vietcong (Tentera Vietnam Utara) yang tidak mempunyai peralatan canggih namun berjaya menewaskan AS.

14.Konflik tersebut membuktikan senjata canggih bukanlah penentu kemenangan dalam pertempuran.

15.Berbalik kepada soal bangsa Melayu tadi (jauhnye bcerite psal perang Vietnam),orang Melayu juga mempunyai tanah tempat tumpah darah mereka iaitu Tanah Melayu atau Malaysia yang mempunyai lebih kurang 90% bentuk muka bumi seperti Vietnam (dari segi jenis hutan,cuaca,geografi).

16.Maka orang Melayu juga mempunyai kepakaran untuk berperang didalam hutan seperti pejuang Vietcong tadi kerana lebih kurang Malaysia mempunyai lebih kurang 60% hutan hujan tropika.

17.Bukan sekadar faktor geografi sahaja malah banyak faktor2 lain yang memungkinkan orang Melayu mahir dalam taktik pertempuran gerila (serang hendap).(Faktor2 itu saya tidak akan bincangkan dalam post ini kerana hari pun dah lewat malam ni..haha)

                                          10 Briged Para Tentera Darat Malaysia

18.Jika dilihat dalam gambar diatas mereka ini telah diajar dan dilatih untuk bertempur di tempat2 yang tidak biasa dihadapi dan sangat ditakuti oleh tentera negara Barat iaitu hutan.

19.Disebabkan mereka tidak mempunyai kepakaran dalam taktik perang gerila atau 'jungle warfare',maka terbanglah mereka ke tanah bertuah ini semata-mata untuk mempelajari cara untuk 'survive' dalam hutan.

20.Mereka ini yakni pihak Barat mengetahui orang Melayu khususnya Angkatan Tentera Malaysia sangat mahir dalam taktik peperangan gerila dan pertempuran didalam hutan dan amat menghormati kepakaran Malaysia dalam menangani sebarang ancaman dari dalam hutan.

21.Akhir kata,saya ingin memohon maaf kerana post ini agak tidak tersusun dari segi isi kandungannya  dan tidak begitu menarik kerana ini adalah post pertama saya so saya masih baru dalam dunia blogger ini.Sekian Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment