1.Kalau kita tengok di Palestin,ramai penduduk2 mereka dibunuh atau terbunuh kerana kekejaman yahudi laknatullah tetapi tidak ramai pula askar mereka yang mati akibat drpd serangan roket pejuang Hamas ke Israel.
2.Ini adalah bukti yg mereka merupakan bangsa yg bijak dlm mengatur strategi dan strategi peperangan.
3.Didalam Al-Quran,byk nas2 yg menyebut ttg kezaliman bani Israel yg membunuh para nabi dan rasul.Memang sukar utk umat Islam mengalahkan Israel pada waktu ini kerana umat Islam sendiri yg tidak bersatu padu terutamanya dlm isu Palestin.Negara2 Arab sendiri bertelagah sesama sendiri tentang siapa yg salah dan betul.
4.Disini ada sedikit sebanyak maklumat tentang peperangan yang meliibatkan Israel selepas Perang Dunia ke-2
1967-(Six Day War)
-peperangan yg melibatkan Israel dgn beberapa ngara Arab seperti Mesir,Syria,Jordan,dan Lebanon.Israel berjaya menewaskan keempat-empat angkatan udara tersebut dalam mase hanye 3 jam sahaja.Israel yg menggunakan pesawat pejuang buatan Perancis ,Dassault Mirage 3 yg mempunyaii beberapa kekurangan berbanding pesawat MiG 21 buatan Soviet Union milik Syria tetapi dgn kemahiran dan pengalaman yg tinggi yg dimiliki Israel,maka tentera udara musuh berjaya ditewaskan.Dalam masa sehari sahaja,sebanyak 400 pesawat musuh berjaya ditembak jatuh pesawat Israel.
1970-(Yom Kippur War)
-Dinamakan perang Yom Kippur kerana hari bermulanya peperangan ini bersamaan dengan hari suci bagi kaum yahudi iaitu Yom Kippur.peperangan yg melibatkan Israel dgn Syria dan Mesir.Israel telah mengebom beberapa tempat2 penting di Syria dan mengebom jambatan yg menghubungkan terusan Suez di Mesir.Israel yg menggunakan pesawat buatan AS ,Boeing F4 Phantom dan Dassault Mirage 3 berjaya menumpaskan 450 buah pesawat musuh.Walau bagaimanapun Mesir masih dikira sebagai pemenang kerana objektifnya dalam pertempuran tersebut adalah untuk menawan kembali Semenanjung Sinai dari kekuasaan Israel telah tercapai.Israel mengalami kekalahan teruk semasa bertempur di semenanjung itu.
1982-(Peace of Galilee)
-peperangan yg tercetus kerana tindakan Israel yg merampas Bukit Galilee dan Bukit Golan yg pada asalnya terletak didalam sempadan negara Syria.Dalam peperangan ini,tentera udara Israel telah berjaya menembak jatuh 100 buah pesawat tentera udara Syria tanpa kehilangan satu pun pesawat tentera udara Israel serta memusnahkan 19 sistem peluru berpandu darat ke udara (surface to air missile/SAM) milik Syria
1981-(Iraqi nuclear plant strike)
-Satu sejarah telah tercatat kerana ia merupakan satu2nya serangan keatas loji nuklear yg belum pernah dilakukan dalam sejarah dunia.4 buah pesawat Lockheed F16 Fighting Falcon milik Israel menuju ke kawasan di utara Iraq dgn terbang menggunakan teknik mendakap bumi (penerbangan pada altitud yg amat rendah atau 'low terrain flight') dan berjaya memusnahkan reaktor nuklear tersebut.Motif serangan ialah untuk memusnahkan fasiliti nuklear Iraq yg didakwa utk menghasilkan senjata nuklear.Pesawat F16 dilpiilih kerana mempunyai jarak penerbangan yg jauh serta mempunyai sistem avionik yg canggih pada masa itu.Kesemua pesawat F16 tersebut berjaya pulang ke Israel tanpa sebarang tentangan drpd pasukan tentera Iraq.
2009-(Operation Cast Lead)
-Operasi yg dilancarkan oleh Israel ini bertujuan untuk menghapuskan pejuang-pejuang Hamas.Alasan ini sudah tentu diketahui umum yg merupakan pembohongan untuk menutup agenda sebenar mereka iaitu menghalau dan menghapuskan penduduk Palestin.Operasi ini disertai oleh unit-unit artileri,kereta kebal,kapal-kapal perang serta pesawat perang seperti helikopter Boeing AH-64D Apache Longbow,pesawat Boeing F-15 Eagle dan Lockheed F-16 Fighting Falcon.Beratus-ratus tan bom telah digugurkan keatas tanah kelahiran para nabi seperti Nabi Ibrahim serta imam terkemuka iaitu Imam Syafie telah membuatkan Gaza benar-benar lumpuh.Israel juga telah menggunakan sejenis senjata yg amat berbahaya iaitu bom kluster atau berangkai yg mempunyai fosforus putih.Bom ini bukannya bom kluster biasa yg digunakan untuk menghancurkan kereta kebal atau armor musuh kerana mempunyai fosforus putih.Bom ini akan dilepaskan daripada sesebuah pesawat dan apabila sampai di altitud yg telah ditetapkan ia akan pecah dan melepaskan beratus-ratus bom kecil sebesar sebiji grenad.Jika serpihan bom atau api yg mengandungi fosforus putih ini terkena pada anggota badan,ia akan terbakar dengan api bewarna putih dan akan terus membakar sehingga bahan yg dibakar itu hangus dan ianya sukar untuk dipadamkan walaupun disiram dengan air biasa.Bayangkan bom yg digunakan untuk memusnahkan kereta kebal dilepaskan kepada manusia yg tidak mempunyai apa-apa perlindungan.Sudah tentu hancur tubuh manusia yg terkena bom maut ini.Selain itu,Israel juga menggunakan bom pintar yg dikawal melalui GPS iaitu JDAM (Joint Direct Attack Munition).Bom ini mempunyai ketepatan yg amat jitu sehingga ia boleh disasarkan melalui sebuah tingkap kecil pada bangunan yg hendak dimusnahkan.Helikopter tempur AH-64D Apache Longbow yg merupakan helikopter tercanggih di dunia ketika ini turut digunakan dalam operasi menggempur Gaza.Pesawat ini dilengkapi dengan sistem avionik yg amat canggih serta peluru berpandu HELLFIRE yang boleh ditembak siang dan malam dalam apa jua keadaan cuaca.Helikopter ini juga dimiliki oleh negara di selatan tanah air kita iaitu Singapura.
2012-Operation Pillar of Defense
-Operasi terbaru yg dilancarkan oleh pasukan keselamatan Israel (Israel Defence Force-IDF) keatas bumi semenanjung Gaza.Tujuannya adalah untuk menghapuskan ancaman pelancaran roket Al Qassam oleh Briged Izzuddin Al Qassam ke Israel.Walaupun tujuan sebenar yahudi laknatullah tersebut adalah untuk menambah derita penduduk Gaza namun alasan yg diberikan oleh Israel ttap sama iaitu untuk mempertahankan tanah dan rakyat Israel daripada ancaman roket Al Qassam.Dalam operasi ini jet pejuang F16 Fighting Falcon milik Israel Airforce,IAF telah menggunakan bom jenis biasa iaitu GBU 31 Joint Direct Attack Munition (JDAM),GBU-12 Paveway ll dan bom-bom yg tidak berpandu.Selain itu IAF juga menggunakan drone atau pesawat pejuang tanpa pemandu (Unmaned Combat Aerial Vehicle-UCAV) untuk menyerang sasaran di permukaan tanah dengan menggunakan peluru berpandu udara ke darat AGM 114 Hellfire.Salah satu serangan tersebut telah membunuh komander tentera hamas iaitu as Syahid Mohammad al Jabari.Sungguhpun serangan yg dilakukan pada tahun ini tidaklah sehebat Operation Cast Lead pada 2008 yg menyaksikan lebih 1000+ terbunuh namun tetap meragut nyawa penduduk Palestin.Dilaporkan setakat 22 November seramai 150+ orang telah terbunuh dan sebahagian besarnya terdiri daripada kanak-kanak dan orang tua serta wanita.Presiden Mesir,Dr Muhammad Mursi telah menganjurkan gencatan senjata dan telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.Walaupun gencatan senjata ini mungkin tidak kekal lame namun syarat2 gencatan senjata ini lebih memihak kepada pihak penduduk Palestin apabila Israel terpaksa membenarkan pintu sempadan Gaza-Mesir iaitu di Rafah dibuka seluasnya untuk penduduk Palestin mendapatkan bantuan.Secara amnya para pejuang Hamas@briged al-Qassam telah berjaya menggugat dan menggerunkan IDF dari segi ketenteraan mereka kerana para mujahiddin Hamas hanya mempunyai anggota seramai 30000 sahaja jika hendak dibandingkan dengan Israel yg mempunyai 750000 anggota tentera tetap dan merupakan angkatan tentera yg ke 5 terbesar di dunia tetapi pejuang Hamas ini sangat digeruni oleh zionis laknatullah.
...................................................................................
6.Anda sendiri mungkin boleh memikirkan mengapa Singapura,sebuah negara yg sangat kecil tetapi memiliki peralatan ketenteraan yg sangat hebat dan canggih berbanding Malaysia.
7.Malaysia sebenarnya masih jauh ketinggalan di belakang Singapura dari segi aspek ketenteraan.Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya berwaspada terhadap Singapura yg mendapat didikan Israel kerana tidak mustahil Malaysia mungkin boleh menjadi seperti Gaza.
8.Singapura adalah proksi bagi Israel dalam menjalankan kegiatan perisikannya di Asia tenggara kerana Singapura adalah hampir serupa dengan Israel dari segi geografinya yg dikelilingi oleh negara2 Islam.
9.Seperti yg diketahui,kawasan Asia Tenggara khususnya di gugusan Kepulauan Melayu majoriti penduduknya adalah Islam seperti di Malaysia,Indonesia,Brunei,Selatan Filipina dan Selatan Thailand.Cuma Singapura saja yg negara bukan Islam 'tersesat' didalam gugusan Kepulauan Melayu.
10.Disebabkan kedudukannya dalam 'hostile area' atau kawasan yg dikelilingi musuh,mereka mengambil model dan corak ketenteraan Israel yg turut dikelilingi negara2 Arab@Islam sebagai panduan dalam membangunkan kekuatan ketenteraan mereka.
Pasukan Pertahanan Israel (IDF)-perempuan pun ade jgak ke..
No comments:
Post a Comment