Tuesday, 4 June 2013

Silat Sebagai Ilmu Tempur..

1.Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada pembaca sekalian.Hari ini saya tidak akan post mengenai dunia militari tapi nak 'off-topic' sedikit mengenai peranan seni mempertahankan diri Melayu iaitu Silat tetapi masih mempunyai kaitan dengan latihan ketenteraan yg diguna pakai Angkatan Tentera Malaysia,ATM.

2.Saya mengambil Silat sebagai topik hari ini tidak brmakna saya tidak mengiktiraf seni mempertahankan diri kaum lain tetapi memandangkan kita di Malaysia ini terutama kaum Melayu yg sudah biasa dan sebati dengan ilmu persilatan maka saya mengambil sedikit sebanyak tentang kepentingannya.


3.Majoriti anak2 Melayu sekarang menganggap Silat hanyalah cuma sebuah persembahan tempur atau kombat yang dilakonkan oleh ahli2 pertubuhan Silat itu sendiri tanpa menyedari kepentingannya dalam kehidupan kita.


4.Ya memang benar persembahan Silat seperti yang biasa dilihat orang adalah cuma lakonan dari segi pertempuran tetapi dalam dunia yang sebenar ianya bukanlah sekadar sebuah lakonan.

5.Orang ramai biasanya akan mengaitkan belajar Silat boleh cegah jenayah atau mempertahankan diri daripada diserang oleh sesiapa sahaja.

6.Selain itu peribadi seseorang yang mempelajari Silat juga akan berubah menjadi lebih baik dan mempunyai sikap merendah diri kerana mereka telah dididik untuk tidak menunjuk-nunjuk apa yang telah dipelajari.

7.Sebenarnya Silat ini bukan hanya dipelajari oleh anak2 Melayu sahaja malah kaum2 lain juga ramai yang turut menuntut imu pertempuran ini.

8.Sebagai contoh,Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (Naga Rantau) di Universiti Malaysia Pahang turut dianggotai oleh beberapa ahli yang datang dari Sabah,Sarawak,Labuan dan terdapat juga ahli daripada kaum India dan Cina malah ada ahli dari luar negara seperti Perancis sanggup merantau +-12000km ke Malaysia.

                            Tim Silat Seni Gayong Malaysia (Naga Rantau) UMP Kampus Pekan
..............................................................................................................................................................

9.Jika merujuk kepada situasi semasa sekarang (pasca PRU13),terdapat ramai pihak tidak kira dari kerajaan mahupun pembangkang yang banyak memainkan sentimen perkauman.

10.Ini dikhuatiri boleh menyebabkan perpaduan antara kaum terutamanya Melayu dan Cina terjejas akibat pelbagai isu yang melibatkan perkauman dimainkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini.

11.Saya cuba mengambil situasi 13 Mei 1969 dimana rusuhan kaum antara kaum Melayu dan Cina terjadi dan ramai nyawa yang terkorban.

12.Sekiranya terjadi lagi peristiwa seumpama ini (moga2 tidak akan pernah terjadi),adakah kita sudah bersedia menghadapi ancaman musuh?adakah cukup ilmu yang dimiliki untuk bertempur dengan musuh sekiranya keadaan benar2 mendesak?

13.Disini saya tidaklah rasis menyuruh orang Melayu belajar Silat untuk menentang kaum2 lain tetapi saya ingin ketengahkan Silat sebagai satu medium yang terbaik yang boleh disertai semua kaum dalam mempelajari ilmu mempertahankan diri sekiranya diperlukan.

14.Bukanlah Silat itu sesuatu yang sempurna 100% tetapi dari segi 'effectivenes' dan 'oppurtunity to kill' didalam pertempuran adalah tinggi berbanding seni mempertahankan diri yang lain.

15.Angkatan Tentera Malaysia sendiri menggunakan Silat sebagai ilmu tempur utama (digabung sedikit menggunakan teknik sepakan Taekwando yang diberi nama Tempur Tanpa Senjata TTS) yang wajib dipelajari oleh setiap anggotanya dan penggunaannya lebih menonjol oleh komando Pasukan Khas Laut (PASKAL) TLDM dan Grup Gerak Khas (GGK) Tentera Darat Malaysia.

                             Tempur Tanpa Senjata (TTS) Pasukan Khas Laut,PASKAL TLDM

        

Sunday, 2 June 2013

Israel dan Singapura:Kaitan antara 2 negara.



1.Kalau kita tengok di Palestin,ramai penduduk2 mereka dibunuh atau terbunuh kerana kekejaman yahudi laknatullah tetapi tidak ramai pula askar mereka yang mati akibat drpd serangan roket pejuang Hamas ke Israel.

2.Ini adalah bukti yg mereka merupakan bangsa yg bijak dlm mengatur strategi dan strategi peperangan.

3.Didalam Al-Quran,byk nas2 yg menyebut ttg kezaliman bani Israel yg membunuh para nabi dan rasul.Memang sukar utk umat Islam  mengalahkan Israel pada waktu ini kerana umat Islam sendiri yg tidak bersatu padu terutamanya dlm isu Palestin.Negara2 Arab sendiri bertelagah sesama sendiri tentang siapa yg salah dan betul.

4.Disini ada sedikit sebanyak maklumat tentang peperangan yang meliibatkan Israel selepas Perang Dunia ke-2

1967-(Six Day War)
-peperangan yg melibatkan Israel dgn beberapa ngara Arab seperti Mesir,Syria,Jordan,dan Lebanon.Israel berjaya menewaskan keempat-empat angkatan udara tersebut dalam mase hanye 3 jam sahaja.Israel yg menggunakan pesawat pejuang buatan Perancis ,Dassault Mirage 3 yg mempunyaii beberapa kekurangan berbanding pesawat MiG 21 buatan Soviet Union milik Syria tetapi dgn kemahiran dan pengalaman yg tinggi yg dimiliki Israel,maka tentera udara musuh berjaya ditewaskan.Dalam masa sehari sahaja,sebanyak 400 pesawat musuh berjaya ditembak jatuh pesawat Israel.

1970-(Yom Kippur War)
-Dinamakan perang Yom Kippur kerana hari bermulanya peperangan ini bersamaan dengan hari suci bagi kaum yahudi iaitu Yom Kippur.peperangan yg melibatkan Israel dgn Syria dan Mesir.Israel telah mengebom beberapa tempat2 penting di Syria dan mengebom jambatan yg menghubungkan terusan Suez di Mesir.Israel yg menggunakan pesawat buatan AS ,Boeing F4 Phantom dan Dassault Mirage 3 berjaya menumpaskan 450 buah pesawat musuh.Walau bagaimanapun Mesir masih dikira sebagai pemenang kerana objektifnya dalam pertempuran tersebut adalah untuk menawan kembali Semenanjung Sinai dari kekuasaan Israel telah tercapai.Israel mengalami kekalahan teruk semasa bertempur di semenanjung itu.



1982-(Peace of Galilee)
-peperangan yg tercetus kerana tindakan Israel yg merampas Bukit Galilee dan Bukit Golan yg pada asalnya terletak didalam sempadan negara Syria.Dalam peperangan ini,tentera udara Israel telah berjaya menembak jatuh 100 buah pesawat tentera udara Syria tanpa kehilangan satu pun pesawat tentera udara Israel serta memusnahkan 19 sistem peluru berpandu darat ke udara (surface to air missile/SAM) milik Syria



1981-(Iraqi nuclear plant strike)
-Satu sejarah telah tercatat kerana ia merupakan satu2nya serangan keatas loji nuklear yg belum pernah dilakukan dalam sejarah dunia.4 buah pesawat Lockheed F16 Fighting Falcon milik Israel menuju ke kawasan di utara Iraq dgn terbang menggunakan teknik mendakap bumi (penerbangan pada altitud yg amat rendah atau 'low terrain flight') dan berjaya memusnahkan reaktor nuklear tersebut.Motif serangan ialah untuk memusnahkan fasiliti nuklear Iraq yg didakwa utk menghasilkan senjata nuklear.Pesawat F16 dilpiilih kerana mempunyai jarak penerbangan yg jauh serta mempunyai sistem avionik yg canggih pada masa itu.Kesemua pesawat F16 tersebut berjaya pulang ke Israel tanpa sebarang tentangan drpd pasukan tentera Iraq.



2009-(Operation Cast Lead)
-Operasi yg dilancarkan oleh Israel ini bertujuan untuk menghapuskan pejuang-pejuang Hamas.Alasan ini sudah tentu diketahui umum yg merupakan pembohongan untuk menutup agenda sebenar mereka iaitu menghalau dan menghapuskan penduduk Palestin.Operasi ini disertai oleh unit-unit artileri,kereta kebal,kapal-kapal perang serta pesawat perang seperti helikopter Boeing AH-64D Apache Longbow,pesawat Boeing F-15 Eagle dan Lockheed F-16 Fighting Falcon.Beratus-ratus tan bom telah digugurkan keatas tanah kelahiran para nabi seperti Nabi Ibrahim serta imam terkemuka iaitu Imam Syafie telah membuatkan Gaza benar-benar lumpuh.Israel juga telah menggunakan sejenis senjata yg amat berbahaya iaitu bom kluster atau berangkai yg mempunyai fosforus putih.Bom ini bukannya bom kluster biasa yg digunakan untuk menghancurkan kereta kebal atau armor musuh kerana mempunyai fosforus putih.Bom ini akan dilepaskan daripada sesebuah pesawat dan apabila sampai di altitud yg telah ditetapkan ia akan pecah dan melepaskan beratus-ratus bom kecil sebesar sebiji grenad.Jika serpihan bom atau api yg mengandungi fosforus putih ini terkena pada anggota badan,ia akan terbakar dengan api bewarna putih dan akan terus membakar sehingga bahan yg dibakar itu hangus dan ianya sukar untuk dipadamkan walaupun disiram dengan air biasa.Bayangkan bom yg digunakan untuk memusnahkan kereta kebal dilepaskan kepada manusia yg tidak mempunyai apa-apa perlindungan.Sudah tentu hancur tubuh manusia yg terkena bom maut ini.Selain itu,Israel juga menggunakan bom pintar yg dikawal melalui GPS iaitu JDAM (Joint Direct Attack Munition).Bom ini mempunyai ketepatan yg amat jitu sehingga ia boleh disasarkan melalui sebuah tingkap kecil pada bangunan yg hendak dimusnahkan.Helikopter tempur AH-64D Apache Longbow yg merupakan helikopter tercanggih di dunia ketika ini turut digunakan dalam operasi menggempur Gaza.Pesawat ini dilengkapi dengan sistem avionik yg amat canggih serta peluru berpandu HELLFIRE yang boleh ditembak siang dan malam dalam apa jua keadaan cuaca.Helikopter ini juga dimiliki oleh negara di selatan tanah air kita iaitu Singapura.



2012-Operation Pillar of Defense

-Operasi terbaru yg dilancarkan oleh pasukan keselamatan Israel (Israel Defence Force-IDF) keatas bumi semenanjung Gaza.Tujuannya adalah untuk menghapuskan ancaman pelancaran roket Al Qassam oleh Briged Izzuddin Al Qassam ke Israel.Walaupun tujuan sebenar yahudi laknatullah tersebut adalah untuk menambah derita penduduk Gaza namun alasan yg diberikan oleh Israel ttap sama iaitu untuk mempertahankan tanah dan rakyat Israel daripada ancaman roket Al Qassam.Dalam operasi ini jet pejuang F16 Fighting Falcon milik Israel Airforce,IAF telah menggunakan bom jenis biasa iaitu GBU 31 Joint Direct Attack Munition (JDAM),GBU-12 Paveway ll dan bom-bom yg tidak berpandu.Selain itu IAF juga menggunakan drone atau pesawat pejuang tanpa pemandu (Unmaned Combat Aerial Vehicle-UCAV) untuk menyerang sasaran di permukaan tanah dengan menggunakan peluru berpandu udara ke darat AGM 114 Hellfire.Salah satu serangan tersebut telah membunuh komander tentera hamas iaitu as Syahid Mohammad al Jabari.Sungguhpun serangan yg dilakukan pada tahun ini tidaklah sehebat Operation Cast Lead pada 2008 yg menyaksikan lebih 1000+ terbunuh namun tetap meragut nyawa penduduk Palestin.Dilaporkan setakat 22 November seramai 150+ orang telah terbunuh dan sebahagian besarnya terdiri daripada kanak-kanak dan orang tua serta wanita.Presiden Mesir,Dr Muhammad Mursi telah menganjurkan gencatan senjata dan telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.Walaupun gencatan senjata ini mungkin tidak kekal lame namun syarat2 gencatan senjata ini lebih memihak kepada pihak penduduk Palestin apabila Israel terpaksa membenarkan pintu sempadan Gaza-Mesir iaitu di Rafah dibuka seluasnya untuk penduduk Palestin mendapatkan bantuan.Secara amnya para pejuang Hamas@briged al-Qassam telah berjaya menggugat dan menggerunkan IDF dari segi ketenteraan mereka kerana para mujahiddin Hamas hanya mempunyai anggota seramai 30000 sahaja jika hendak dibandingkan dengan Israel yg mempunyai 750000 anggota tentera tetap dan merupakan angkatan tentera yg ke 5 terbesar di dunia tetapi pejuang Hamas ini sangat digeruni oleh zionis laknatullah.



                                         ...................................................................................


5.Tentunya pemilikan peralatan perang seperti helikopter Apache,pesawat pejuang F15SG Strike Eagle dan hampir semua peralatan senjata yg turut diperolehi Israel oleh Singapura mempunyai agenda tertentu yg tidak diketahui oleh Malaysia.

6.Anda sendiri mungkin boleh memikirkan mengapa Singapura,sebuah negara yg sangat kecil tetapi memiliki peralatan ketenteraan yg sangat hebat dan canggih berbanding Malaysia.

7.Malaysia sebenarnya masih jauh ketinggalan di belakang Singapura dari segi aspek ketenteraan.Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya berwaspada terhadap Singapura yg mendapat didikan Israel kerana tidak mustahil Malaysia mungkin boleh menjadi seperti Gaza.

8.Singapura adalah proksi bagi Israel dalam menjalankan kegiatan perisikannya di Asia tenggara kerana Singapura adalah hampir serupa dengan Israel dari segi geografinya yg dikelilingi oleh negara2 Islam.

9.Seperti yg diketahui,kawasan Asia Tenggara khususnya di gugusan Kepulauan Melayu majoriti penduduknya adalah Islam seperti di Malaysia,Indonesia,Brunei,Selatan Filipina dan Selatan Thailand.Cuma Singapura saja yg negara bukan Islam 'tersesat' didalam gugusan Kepulauan Melayu.

10.Disebabkan kedudukannya dalam 'hostile area' atau kawasan yg dikelilingi musuh,mereka mengambil model dan corak ketenteraan Israel yg turut dikelilingi negara2 Arab@Islam sebagai panduan dalam membangunkan kekuatan ketenteraan mereka.

                            Pasukan Pertahanan Israel (IDF)-perempuan pun ade jgak ke.. 




Saturday, 1 June 2013

Kemahiran bangsa Melayu dalam taktik peperangan (bahagian 1)

1.Assalamualaikum salam sejahtera..disebabkan malam ni xde byak sgat keje so saya nak berkongsi ilmu dengan para pembaca semua..memandangkan blog ni baru je dibuat so memang nmpak x cantik nak dbandingkan dengan blog2 yang lain..tp insyaAllah saya nak share sdikit sbanyak ilmu yg ade..

2.Memandangkan tajuk post ini ialah mengenai kehebatan bangsa Melayu dalam taktik peperangan maka untuk mengetahui lebih lanjut kita perlu menyingkap serba sedikit tentang sejarah peperangan yang berlaku pada zaman kesultanan Melayu Melaka dan zaman2 selepasnya.

3.Anda jangan pernah terfikir post ini nak cerita pasal sejarah lebih2..cuma nak refresh balik je.

4.Saya lebih suka ilmu yang berkaitan dengan peperangan,taktik,komando,senjata dan segala-galanya yang berkaitan dengan ketenteraan.

5.Umum kita tahu Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511 disebabkan beberapa faktor.

6.Antaranya kelemahan Sultan Mahmud Shah dalam pentadbiran,pembelot si Kitul yang mendedahkan rahsia pertahanan negeri Melaka dan kekurangan kelengkapan senjata serta beberapa faktor2 lain.

7.Disebabkan peristiwa itu,orang2 Barat memandang rendah terhadap orang Melayu kerana Melayu pada masa itu tidak mampu untuk mengalahkan dan menawan kembali Melaka daripada tangan Portugis.

8.Maka bermulalah penjajah datang memijak dan menjajah Tanah Melayu dan menyebarkan agama mereka a.k.a kristian(salah 1 sebab kenapa mereka jajah kita)

9.Walaupun Barat memandang orang2 Melayu sebagai pak turut semasa pemerintahan British dulu,namun mereka tidak mempunyai 1 liabiliti penting dalam peperangan iaitu taktik dan strategi yang berkesan.

10.Mengapa saya kata begitu?

11.Jika diimbas kembali dalam peperangan melawan komunis di Vietnam oleh Amerika Syarikat(AS) pada 1960-an,pasukan ketenteraan AS yang dilengkapi pelbagai senjata moden dan bala tentera yang ramai pun boleh kalah dek kerana ketiadaan taktik untuk bertempur didalam hutan.

12.Pertempuran hutan atau lebih dikenali sebagai 'jungle warfare' dalam istilah 'military' yang dialami oleh AS dalam hutan hujan tropika di Vietnam merupakan pertempuran hutan yang 'sebenar' (true warfare) pertama kali dilalui oleh AS.

13.Mereka yang mempunyai pelbagai barisan jet pejuang moden pada masa itu seperti F4 Phantom,A6 Intruder,A4 Skyhawk,kapal pengangkut pesawat USS Forrestal dan USS Enterprise,senjata seperti M16 dan pelbagai senjata2 lain masih tidak mampu menundukkan pejuang Vietcong (Tentera Vietnam Utara) yang tidak mempunyai peralatan canggih namun berjaya menewaskan AS.

14.Konflik tersebut membuktikan senjata canggih bukanlah penentu kemenangan dalam pertempuran.

15.Berbalik kepada soal bangsa Melayu tadi (jauhnye bcerite psal perang Vietnam),orang Melayu juga mempunyai tanah tempat tumpah darah mereka iaitu Tanah Melayu atau Malaysia yang mempunyai lebih kurang 90% bentuk muka bumi seperti Vietnam (dari segi jenis hutan,cuaca,geografi).

16.Maka orang Melayu juga mempunyai kepakaran untuk berperang didalam hutan seperti pejuang Vietcong tadi kerana lebih kurang Malaysia mempunyai lebih kurang 60% hutan hujan tropika.

17.Bukan sekadar faktor geografi sahaja malah banyak faktor2 lain yang memungkinkan orang Melayu mahir dalam taktik pertempuran gerila (serang hendap).(Faktor2 itu saya tidak akan bincangkan dalam post ini kerana hari pun dah lewat malam ni..haha)

                                          10 Briged Para Tentera Darat Malaysia

18.Jika dilihat dalam gambar diatas mereka ini telah diajar dan dilatih untuk bertempur di tempat2 yang tidak biasa dihadapi dan sangat ditakuti oleh tentera negara Barat iaitu hutan.

19.Disebabkan mereka tidak mempunyai kepakaran dalam taktik perang gerila atau 'jungle warfare',maka terbanglah mereka ke tanah bertuah ini semata-mata untuk mempelajari cara untuk 'survive' dalam hutan.

20.Mereka ini yakni pihak Barat mengetahui orang Melayu khususnya Angkatan Tentera Malaysia sangat mahir dalam taktik peperangan gerila dan pertempuran didalam hutan dan amat menghormati kepakaran Malaysia dalam menangani sebarang ancaman dari dalam hutan.

21.Akhir kata,saya ingin memohon maaf kerana post ini agak tidak tersusun dari segi isi kandungannya  dan tidak begitu menarik kerana ini adalah post pertama saya so saya masih baru dalam dunia blogger ini.Sekian Assalamualaikum.