Monday, 25 August 2014

Mengapa pilih Gayong?

1.Assalamualaikum..sekadar nak berkongsi mengapa saya boleh 'terjebak' dalam dunia Silat Seni Gayong Malaysia dan apa yang menyebabkan saya begitu berminat untuk mendalami ilmu Gayong.

2.Sebelum menjadi ahli@anak Gayong,saya pernah menjadi ahli pertubuhan silat yang lain seperti Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia dan Seni Silat Lincah Malaysia.

3.Bukan niat untuk merendahkan silat2 tersebut kerana Silat Cekak dan Silat Lincah juga mempunyai kelebihan dan kekuatan tersendiri.

                 Demo Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia di SM Teknik Sepang: Tempat bermulanya diri ini kedalam dunia persilatan

4.Permulaan saya dalam dunia Gayong bermula apabila saya mendaftarkan diri semasa hari pendaftaran persatuan Universiti Malaysia Pahang pada September 2012.

5.Sejak itu saya terlibat dalam semua aktiviti Gayong yang dianjurkan dan persembahan pertama saya di UMP Gambang pada majlis 'Martial Art Showdown' Expokonvo '12.

6.Saya rasa bertuah kerana Gelanggang Naga Rantau (Naga Rantau adalah nama gelanggang di UMP) diterajui oleh seorang gurulatih yang sangat berkaliber,hebat dan tegas dalam pembelajaran.Beliau juga merupakan seorang gurulatih bertauliah yang mengajar dan mempunyai gelanggang di Perancis (salah satu sebab kenapa saya mengagumi beliau)

                                    Demo Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia UMP semasa persembahan penutup K.O.F 2.0

7.Saya rasa sangat bertuah dan teruja kerana mempunyai guru yang hebat sebagai gurulatih di UMP dimana saya boleh mempelajari segala ilmu yang ade,tips2 dan teknik2 yang tidak pernah diajar kepada orang lain diluar UMP.

8.Dalam banyak2 persatuan dan pertubuhan yang pernah saya sertai,belum pernah saya jumpa sebuah persatuan seperti Naga Rantau UMP yang mempunyai ikatan kekeluargaan yang sangat rapat seperti adik-beradik.Jika ada seorang ahli yang mempunyai masalah maka ahli2 yang lain akan menghulurkan bantuan.

9.Guru saya telah menetapkan kepada kami iaitu sebelum melangkah keluar dari UMP (graduate),kami perlu mencapai sekurang-kurangnya bengkung Pelangi Merah chula III dan InsyaAllah saya komited untuk mencapai tahap itu jika Allah memberi keizinan.

10.Selain itu,Gayong juga mengajar ahli-ahlinya tentang zat Allah yang satu dan yang menggerakkan semua perkara didunia.

12.Kepada anak-anak muda,belajarlah ilmu persilatan tidak kira aliran persilatan yang mana sekalipun kerana anda tidak akan rugi sedikit pun mendalami ilmu tempur ini dan Silat Seni Gayong adalah salah satu aliran persilatan yang terbaik untuk dipelajari.


2 comments:

  1. Untuk capai bengkung pelangi merah chula brpa lama ?...ade berapa tahap perlu lepas ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bergantung kepada komitednya awak untuk belajar ilmu itu sendiri dan juga pemerhatian gurulatih sama ada awak layak untuk ujian kenaikan setiap bengkung. bengkung dimulai dengan hitam mulus, awan putih, pelangi hijau, pelangi merah kosong, pelangi merah chula 1/2/3. chula itu menandakan berapa senjata awak dah mahir bermain

      Delete