1.Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat pembaca2.Terlebih dahulu saya memohon maaf kerana lama x update blog ini disebabkan terlalu sibuk dan terdapat beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan.
2.Post saya kali ini adalah tentang simulasi atau analisis pencerobohan tentera musuh untuk masuk kedalam Malaysia semasa berlaunya peperangan.Ini adalah sekadar pandangan dan analisis saya (masih kekurangan ilmu berbanding blogger2 militari lain) dan bukanlah situasi yang sebenar.
3.Post ini bukan juga untuk meniru simulasi 'World War III' oleh admin 'sierra delta'Malaysian Defence (MalDef) di Facebook dan juga simulasi perang Malaysia-Singapura oleh admin blog Military of Malaysia,Tn Hj Shahpaskal yang membayangkan peperangan yang tercetus.
4.Minta budi bicara pembaca agar tidak menyamakan entri ini dengan page2 militari yang lain seperti yang disebut diatas tadi kerana ini cuma pandangan saya mengenai strategi pihak musuh untuk menawan Malaysia.
.......................................................
5.Ini adalah strategi pihak musuh yang ingin menawan Malaysia.
6.Jika sebuah negara musuh mengisytiharkan perang keatas Malaysia,maka saya yakin kemungkinan besar tentera musuh akan melancarkan serangan dari arah pantai timur semenanjung Malaysia kerana di kawasan itulah terletaknya ancaman yang boleh menggagalkan pihak musuh untuk memulakan pencerobohan.
7.Apakah ancaman itu?
8.Umum sudah mengetahui 'nadi' utama Tentera Udara DiRaja Malaysia iaitu Pangkalan Udara Kuanta, Pahangyang menempatkan radar kawalan udara dan pesawat pejuang MIG-29 dan Hawk 108/208 serta 'taring' utama TUDM iaitu Pangkalan Udara Gong Kedak,Kelantan yang menempatkan pesawat pejuang tercanggih Asia iaitu Sukhoi SU-30MKM.Pihak musuh sudah tentu ingin kedua-dua 'nadi' ini lumpuh sama sekali.
Sukhoi SU-30MKM milik TUDM
9.Oleh itu,1 skuadron pesawat pejuang musuh dipecahkan kepada 3 pasukan; 2 pasukan untuk menyerang dan meneutralkan ancaman dari Gong Kedak,Kelantan (SU-30MKM) dan Kuantan,Pahang (MIG-29+Hawk) dan 1 pasukan lagi untuk menghapuskan ancaman dari Tentera Laut DiRaja Malaysia iaitu Pangkalan TLDM Tg.Gelang di Kuantan,Pahang.
10.Apabila kesemua ancaman utama pihak musuh iaitu pesawat SU-30MKM,MIG-29,Hawk serta kapal2 TLDM dineutralkan,maka pendaratan tentera musuh ke darat mula diaturkan.
11.Tetapi sebelum tentera musuh mendarat,terdapat 1 lagi ancaman yang perlu pihak musuh hapuskan iaitu ancaman dari komando Grup Gerak Khas Tentera Darat Malaysia yang terletak di Kem Iskandar,Mersing,Johor.Meneutralkan ancaman GGK ini adalah penting supaya tidak ada aset2 pihak musuh seperti kapal dan sebagainya disabotaj oleh pasukan komando GGK ini.
Tim Sniper Tentera Darat Malaysia semasa operasi Daulat di Lahad Datu,Sabah.
12.Selepas ancaman di Mersing,Johor dineutralkan maka bermulalah pendaratan tentera darat musuh yang mungkin berlaku di Pahang atau Kelantan.Bermula dari Kelantan pihak musuh akan bergerak kearah barat.Destinasinya?
13.Destinasinya tentulah ke utara semenanjung iaitu Perlis,Kedah dan Pulau Pinang yang menempatkan kem2 Tentera Darat Malaysia serta Pangkalan Udara Butterworth,Pulau Pinang yang menempatkan skuadron pesawat pejuang F/A18D Hornet.
F/A18D Hornet melintasi Gugusan Semarang Peninjau (Sebuah pulau kecil@atoll di perairan Sabah)
14.Serentak dengan kemaraan pihak musuh dari Kelantan ke utara semenanjung,pihak tentera musuh juga memulakan kemaraan dari Pahang menuju ke ibu negara Malaysia,Kuala Lumpur.
15.Dari utara pihak musuh meneruskan kemaraan mereka ke selatan dengan memasuki negeri Perak dan menawan Pangkalan TLDM Lumut iaitu pangkalan utama TLDM di semenanjung Malaysia.
16.Selepas menawan Perak,maka pihak musuh mara ke negeri idaman mereka iaitu Selangor yang menempatkan sebahagian besar industri dan ekonomi Malaysia dengan tujuan melumpuhkan ekonomi negara ini.
17.Selepas Perak ditawan,Selangor,Kuala Lumpur dan pusat pentadbiran persekutuan Malaysia iaitu Putrajaya ditakluk sekali gus menandakan hampirnya mereka menawan Malaysia.
18.Pihak musuh seterusnya mara ke arah selatan iaitu Negeri Sembilan,Melaka dan Johor untuk melengkapkan pencerobohan mereka keatas semenanjung Malaysia.
19.Tetapi pihak musuh menghadapi tentangan yang sengit kerana dibahagian selatan semenanjung Malaysia lah terletaknya sebahagian besar tentera dan aset2 perang milik Tentera Darat Malaysia.
20.Sebagai contoh,Kor Armor DiRaja yang menempatkan kereta kebal utama (MBT-Pendekar PT-91M) Malaysia terletak di Gemas,Negeri Sembilan.Di Melaka pula,terdapat Kem Terendak yang menempatkan anggota 10 Briged Para TDM dan di Kem Sungai Udang yang menempatkan anggota2 komando GGK manakala di Johor pula terdapat Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) dan komando GGK di Mersing,Johor.
10 Briged Para Tentera Darat Malaysia
21.Sudah tentu pihak musuh menghadapi rintangan yang sangat hebat dalam usaha meneruskan kemaraan ke selatan tanah air kerana semua aset2 dan anggota2 tentera yang ditempatkan di selatan adalah bukan calang2 tentera.
22.Selepas berjaya menumpaskan TDM di selatan maka lengkaplah penaklukan semenanjung Malaysia (mengenai Sabah dan Sarawak mungkin akan saya tulis di masa akan datang insyaAllah)
.....................................................
23.Begitulah sedikit tentang strategi pihak musuh yang saya bayangkan jika berlakunya peperangan Malaysia dengan pihak asing.
24.Bukanlah saya hendak merendahkan kemampuan Angkatan Tentera Malaysia,ATM kerana saya sangat yakin ATM sudah pasti mempunyai strategi dan taktik yang sangat baik dalam menghadapi sebarang pencerobohan tentera asing.
25.Akhir kata semoga entri ini sedikit sebanyak dapat membuka minda pembaca agar kita sentiasa peka dan yakin dengan kemampuan ATM.Saya juga berharap pembaca yang membaca post ini dapat mengetengahkan idea anda tentang bagaimana cara atau strategi untuk ATM membalas perancangan atau 'counter measure' pihak musuh.